Monday, October 12, 2009

Social Worker



Have U Ever Imagine Be With This Gurls :).

" 3C - Caring, Curing & Changing "

Serangkap sajak buat tatapan semua

Tiada dulu.....tiadalah kini,
Pengalamanmu.....inspirasi kami
Kisahmu, menjadi teladan generasi
Tongkatmu
menjadi peunjuk laluan anak ini

Kejayaanmu....kabanggaan kami
Asam garam kehidupan
Telah mu lalui
Nasihat & ajaranmu
Banyak memberi erti
Menjadi sempadan dan tauladan kini

Laluan kehidupanmu
Suka duka ranting pepohon ini
Mempunyai nilai astestika sendiri
Sememang dan setulusnya
Sukar dicari ganti
Dengan wang atau maruah diri
Kejayaanmu
Menjadi inspirasi anak merdeka kini

Wahai rakan wahai taulan
Jangan sisihkan 'kekasih' klasik ini
Yang patut dihormati lagi disayangi
Taburlah budi
Taburlah bakti
Untuk sama kasih mengasihi

"Banyak diam tidak semestinya bodoh,
banyak cakap tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran.
orang cerdik yang pendiam itu lebih baik
dari orang bodoh yang banyak cakap"

Masalah keluarga dan khidmat keluarga

Definisi Keluarga

 Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
 Anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian darah adaptasi atau perkawinan (WHO, 1969).
 Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam suatu rumah tangga dalam kedekatan yang konsisten dan hubungan yang erat (Helvie, 1981)

Jenis-jenis keluarga

1. Keluarga nuclear
 Ayah, ibu, anak tinggal dalam satu rumah ditetapkan oleh ikatan perkawinan
2. Single parent
 Satu orang tua (ayah atau ibu) dengan anak
3. Extended Family
 1, 2, 3 geneasi bersama dalam satu rumah tangga.

Fungsi Keluarga menurut WHO (1978)

 Fungsi Biologi - Untuk meneruskan keturunan
 Fungsi Psikologis - Memberikan perhatian, kasih sayang dan rasa aman
 Fungsi Sosialisasi - Membina sosialisasi pada anak
 Fungsi Ekonomi - Mencari sumber-sumber untuk keperluan keluarga
 Fungsi Pendidikan - Mendidik dan memberi pengetahuan melalui sekolah

Masalah keluarga

1. Perceraian

• Pasangan perlu mengenalpasti alasan untuk bercerai sebelum persetujuan dicapai.
• Terdapat beberapa jenis perceraian dalam islam :
 Taliq (Perceraian kerana melanggar perjanjian)
 Fasakh (Pembubaran Perkahwinan)
 Khulu’ (Pampasan kepada suami)
 Lafaz Talaq

Kesan-kesan penceraian

 Menimbulkan tekanan dan trauma kepada kanak-kanak. Anak akan menghadapi kejutan kesan perpisahan yang tidak mereka relakan.
 Kesan psikologi amat mendalam terhadap anak yang membesar, sehingga mungkin boleh menjejaskan pelajaran mereka di sekolah.
 Kanak-kanak ini juga terdedah kepada kesan perpisahan antara ibu dengan bapa apabila dewasa nanti.

2. Keganasan rumahtangga

 Keganasan melibatkan penderaan fizikal, psikologi, sosial, kewangan dan seksual oleh suami terhadap isteri, sama ada dengan bekas isteri, bekas suami, anak2, ibu bapa atau ahli keluarga yang tinggal bersama, memusnahkan harta benda mangsa.
 Dalam konteks ini keganasan rumahtangga/keluarga -satu jenayah dalam bentuk penggunaan paksaan, sama ada secara fizikal dan psikologi, bagi memenuhi matlamat diri, yang menyebabkan penganiayaan terhadap individu lain yang merupakan sebahagian dari ahli keluarga itu sendiri.

Jenis-jenis penderaan

 Penderaan ekonomi atau kewangan
 Keganasan psikologi dan emosi
 Keganasan fizikal
 Penderaan seksual
 Penderaan sosial

Jenis-jenis perkhidmatan

1. Bagi Perceraian

1. Jabatan Hal ehwal negeri
 Khidmat nasihat kekeluargaan bagi masalah poligami, tidak bersefahaman, campur tangan keluarga, penderaan, pasangan suami isteri tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
 Perkhidmatan kaunseling bagi :
- Membantu individu menangani stress/konflik.
- Memahami peranan dan tanggungjawab.
- Mengubah sikap atau tingkahlaku yang negatif.
- Mengharmonikan perhubungan.

2. Mahkamah
 -kaunseling pasangan
 -proses rujuk
 -pembahagian harta
 -penjagaan anak

- Undang-undang yang terlibat:

 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (1985)
 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (non-muslim)

2. Bagi keganasan rumah tangga

1. Pegawai polis
 Seksyen 19, seseorang pegawai polis mempunyai kuasa untuk membantu mangsa sebagaimana kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai kebajikan.

2. Pegawai kebajikan
 Menerangkan kepada mangsa hak-haknya di bawah undang-undang.

3. Mahkamah
 Menerima dan merekodkan aduan yang difailkan
 Mendengar serta membuat keputusan tentang aduan dengan seberapa segera berdasarkan seksyen 14.

4. Biro bantuan guaman
 Terdiri daripada pegawai telatih dalam bidang undang-undang
 Membantu mangsa membuat laporan polis.

5. Peranan individu
 Adukan masalah
 Perlu berterus-terang dengan meluahkan masalahnya

- Undang-undang yang terlibat:
 Akta keganasan rumah tangga 1994

Statistik OKU


Friday, October 2, 2009

Kenapa Manusia Bermasalah (Sosialisasi)

Masalah merupakan satu fenomena semulajadi terjadi kepada manusia. Masalah boleh berpunca dari apa jua keadaan dan tidak mengira umur, jawatan, pangkat, darjat dan sebagainya. Fokus utama artikel ini merujuk kepada masalah yang melibatkan sosialisasi.

Masalah yang berpunca dari tempat kerja juga merupakan masalah sosialisasi. Hal ini jika dibawa pulang ke rumah, boleh menyebabkan pergaduhan antara suami dan isteri jika tidak di selesaikan dengan bijak. Akibatnya, ia boleh menyebab berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan dan masalah ini tidak berakhir di sini sahaja, kesannya terhadap anak-anak. Hal demikian boleh menyebab tumbesaran anak mereka terganggu terutama sekali dari segi sosial. Bagi remaja pula ia akan menimbulkan masalah lain seperti lari dari rumah, pergaulan bebas dan yang paling teruk adalah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Masalah sosialisasi juga berpunca dari tekanan hidup menyebabkan ada sesetengah daripada mereka sanggup menjual maruah diri hanya untuk mendapatkan wang. Daripada masalah itu akan wujudlah masalah lain seperti kes pembuangan bayi. Selain itu juga, berlaku penganiyaan kepada mereka yang lemah. Ada antara mereka sanggup menjadi pengemis dan mencuri kerana desakan hidup yang kian mencabar.

Kesimpulanya, sebesar mana masalah sekalipun yang mendatang, jika diurus dengan baik ia boleh diselesaikan secara sistematik dan berkesan tanpa memberi kesan negatif kepada orang lain. Bagi umat orang Islam, setiap masalah yang timbul, boleh diuruskan dengan baik jika berlandaskan agama dan ajaran sunnah yang betul.

Cabaran Kebajikan Sosial Hari ini dan Masa Hadapan.

Saban hari, keadaan masyarakat semakin rumit dengan masalah sosial yang makin mendesak. Keadaan ini memberi tekanan terhadap segelintir individu dalam kehidupan seharian. Masalah sosial yang berleluasa ini telah menyebab pertambahan kadar jenayah yang telah mengugat kesejahteraan negara. Ini dapat di lihat dengan penambahan bilangan kes penderaan, keganasan rumahtangga, penyalahgunaan dadah dan lain-lain lagi. Masalah ini perlu di bendung melalui ilmu dan kemahiran yang diterapkan kepada pekerja sosial bagi menegakkan keadilan sosial.

Kebajikan rakyat perlu diperkukuhkan secara berterusan melalui sistem kekeluargaan yang efisen dan jitu. Pengukuhan secara berterusan melibatkan profesion kerja sosial yang meliputi pelbagai golongan. Aspek profesion kerja sosial perlu memfokuskan kepada golongan tertentu yang terdiri daripada pelbagai lapisan adalah merupakan cabaran baru pada masa hadapan bagi kebajikan sosial. Golongan kanak-kanak merupakan golongan yang perlu diberi perhatian dan dilindungi. Hal ini kerana, kanak-kanak mudah terdedah terhadap penderaan, eksploitasi dan dikriminasi. Penekanan khusus perlu diberikan agar mereka sihat dari semua aspek termasuklah dari segi emosi, mental, fizikal dan sosial.

Kebajikan sosial juga perlu diberikan kepada golongan OKU. Golongan ini patut diberi perhatian agar mereka tidak ketinggalan dan di pinggirkan dari arus globalisasi. Cabaran kebajikan sosial pada hari ini dan masa hadapan adalah dari segi menyediakan kemudahan serta galakan kepada mereka. Selain itu juga, kesedaran orang ramai juga amatlah penting bagi membolehkan mereka hidup bersama dengan manusia normal lain tanpa rasa disisihkan. Golongan ini sepatutnya diberi pendidikan, latihan dan pemulihan agar mereka menghargai diri sendiri dan tidak merasa ada kekurangan dalam diri setiap mereka.

Kesimpulannya, cabaran kebajikan sosial pada hari ini semakin mencabar dengan penambahan kes-kes baru dan masih kekurangan tenaga pekerja sosial. Kebajikan sosial di dalam negara ini boleh ditingkatkan jika orang ramai mempunyai kesedaran. Jika semua rakyat Malaysia mempunyai kesedaran terhadap golongan ini, maka kefungsian sosial individu, keluarga, kelompok dan komuniti dapat dipertingkatkan lagi untuk menjamin kesejahteraan bersama.