Saturday, August 8, 2009

Kebajikan sosial dalam konteks satu Malaysia

Kebajikan sosial merupakan satu kerja menolong atau membantu masyarakat bagi meningkatkan kefungsiaan hidup merangkumi dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Dengan kata lain, kebajikan sosial dapat dirumus sebagai program holistik yang berperanan untuk membangunkan masyarakat supaya tidak tercicir dengan perkembangan semasa pada masa kini. Program pembangunan manusia pada hari ini perlu diberikan penekanan supaya masyarakat Malaysia dapat membangun seiring dengan modal insan yang yang berkualiti.

Kebajikan sosial mempunyai perkaitan rapat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menawarkan perkhidmatan melindungi kanak-kanak daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan. Ini bertujuan mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang baik bagi kanak-kanak. Menjaga kepentingan kanak-kanak dengan memberi jagaan dan perlindungan atau menyelamatkan atau memberi bantuan kepada kanak-kanak yang tersisih dari keluarga, dianiaya atau terbiar seperti mereka yang teraniaya dan terbiar, mengemis, tiada tempat tinggal yang tetap dan yatim piatu

Kebajikan sosial juga memberi fokus kepada orang papa/pengemis yang tiada tempat tinggal dan memerlukan perlindungan. Desa Bina Diri (DBD) ialah salah sebuah institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang papa, pengemis dan kuturayau. Setiap pengemis yang dimasukkan ke Desa Bina Diri adalah melalui perintah mahkamah mengikut Akta Orang-orang Papa 1977. Mereka yang tinggal di institusi ini akan diajar kemahiran-kemahiran yang bersesuaian seperti menjahit, bertukang, berkebun dan sebagainya sebagai persediaan menempatkan kembali mereka ke dalam masyarakat atau keluarga serta boleh berdikari.
Kebajikan sosial berfungsi sebagai meningkatkan lagi kefungsiaan sosial yang berada dalam sesebuah masyarakat, kumpulan, komuniti dan organisasi. Selain itu, ia juga bagi meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat bagi membolehkan hidup seimbang dengan keadaan semasa.

Kebajikan kerja sosial

Dadah





Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membentangkan statistik penagihan dadah terkini yang dikesan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Mac 2007 yang dikumpul dan dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI). Sepanjang tempoh tiga bulan pertama pada tahun 2007 menunjukkan seramai 3,731 orang penagih dadah dikesan, namun menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 46.71% berbanding tempoh masa yang sama pada tahun 2006 iaitu 7,001 orang.

Oku




Kesedaran masyarakat untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang kurang upaya kian meningkat manakala kemampuan orang kurang upaya untuk menyertai aktiviti-aktiviti masyarakat juga meningkat.

Kemiskinan




Kesusahan dan kesengsaraan yang di tanggung, tidak dapat menahan dengan tangisan kerana terlalu sedih memikirkan perjalanan hidupnya.

Penderaan



Ramai pengkaji melihat tingkah laku mendera kanak-kanak adalah rumit dan kompleks kerana sukar untuk diberi klasifikasi. Adakah ia perlu diletakkan di bawah kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan sahaja boleh ditafsirkan sebagai mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak bawah umur bekerja, membenarkan mereka mengemis dan mendedahkannya kepada bahaya moral. Pendera juga tidak dihadkan kepada ibu bapa malah penjaga, pembantu rumah, saudara-mara, jiran atau guru juga boleh disabitkan dengan penderaan.
Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yang sangat menyayat hati.