Friday, October 2, 2009

Cabaran Kebajikan Sosial Hari ini dan Masa Hadapan.

Saban hari, keadaan masyarakat semakin rumit dengan masalah sosial yang makin mendesak. Keadaan ini memberi tekanan terhadap segelintir individu dalam kehidupan seharian. Masalah sosial yang berleluasa ini telah menyebab pertambahan kadar jenayah yang telah mengugat kesejahteraan negara. Ini dapat di lihat dengan penambahan bilangan kes penderaan, keganasan rumahtangga, penyalahgunaan dadah dan lain-lain lagi. Masalah ini perlu di bendung melalui ilmu dan kemahiran yang diterapkan kepada pekerja sosial bagi menegakkan keadilan sosial.

Kebajikan rakyat perlu diperkukuhkan secara berterusan melalui sistem kekeluargaan yang efisen dan jitu. Pengukuhan secara berterusan melibatkan profesion kerja sosial yang meliputi pelbagai golongan. Aspek profesion kerja sosial perlu memfokuskan kepada golongan tertentu yang terdiri daripada pelbagai lapisan adalah merupakan cabaran baru pada masa hadapan bagi kebajikan sosial. Golongan kanak-kanak merupakan golongan yang perlu diberi perhatian dan dilindungi. Hal ini kerana, kanak-kanak mudah terdedah terhadap penderaan, eksploitasi dan dikriminasi. Penekanan khusus perlu diberikan agar mereka sihat dari semua aspek termasuklah dari segi emosi, mental, fizikal dan sosial.

Kebajikan sosial juga perlu diberikan kepada golongan OKU. Golongan ini patut diberi perhatian agar mereka tidak ketinggalan dan di pinggirkan dari arus globalisasi. Cabaran kebajikan sosial pada hari ini dan masa hadapan adalah dari segi menyediakan kemudahan serta galakan kepada mereka. Selain itu juga, kesedaran orang ramai juga amatlah penting bagi membolehkan mereka hidup bersama dengan manusia normal lain tanpa rasa disisihkan. Golongan ini sepatutnya diberi pendidikan, latihan dan pemulihan agar mereka menghargai diri sendiri dan tidak merasa ada kekurangan dalam diri setiap mereka.

Kesimpulannya, cabaran kebajikan sosial pada hari ini semakin mencabar dengan penambahan kes-kes baru dan masih kekurangan tenaga pekerja sosial. Kebajikan sosial di dalam negara ini boleh ditingkatkan jika orang ramai mempunyai kesedaran. Jika semua rakyat Malaysia mempunyai kesedaran terhadap golongan ini, maka kefungsian sosial individu, keluarga, kelompok dan komuniti dapat dipertingkatkan lagi untuk menjamin kesejahteraan bersama.

No comments:

Post a Comment