Friday, October 2, 2009

Kenapa Manusia Bermasalah (Sosialisasi)

Masalah merupakan satu fenomena semulajadi terjadi kepada manusia. Masalah boleh berpunca dari apa jua keadaan dan tidak mengira umur, jawatan, pangkat, darjat dan sebagainya. Fokus utama artikel ini merujuk kepada masalah yang melibatkan sosialisasi.

Masalah yang berpunca dari tempat kerja juga merupakan masalah sosialisasi. Hal ini jika dibawa pulang ke rumah, boleh menyebabkan pergaduhan antara suami dan isteri jika tidak di selesaikan dengan bijak. Akibatnya, ia boleh menyebab berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan dan masalah ini tidak berakhir di sini sahaja, kesannya terhadap anak-anak. Hal demikian boleh menyebab tumbesaran anak mereka terganggu terutama sekali dari segi sosial. Bagi remaja pula ia akan menimbulkan masalah lain seperti lari dari rumah, pergaulan bebas dan yang paling teruk adalah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Masalah sosialisasi juga berpunca dari tekanan hidup menyebabkan ada sesetengah daripada mereka sanggup menjual maruah diri hanya untuk mendapatkan wang. Daripada masalah itu akan wujudlah masalah lain seperti kes pembuangan bayi. Selain itu juga, berlaku penganiyaan kepada mereka yang lemah. Ada antara mereka sanggup menjadi pengemis dan mencuri kerana desakan hidup yang kian mencabar.

Kesimpulanya, sebesar mana masalah sekalipun yang mendatang, jika diurus dengan baik ia boleh diselesaikan secara sistematik dan berkesan tanpa memberi kesan negatif kepada orang lain. Bagi umat orang Islam, setiap masalah yang timbul, boleh diuruskan dengan baik jika berlandaskan agama dan ajaran sunnah yang betul.

No comments:

Post a Comment